Topik Blog Lepak Santai

Isnin, 31 Mac 2008

Jual Barang Lama

Sekarang ni saya ada cuba-cuba jual barang lama atau 2ndhand atau barang antik. Barang-barang tu memang ada simpan lama dalam rumah. Masih cantik lagi tetapi nampak agak lama. Tak tau la kan kalau ada yang minat.

Saya cuba jual dalam e-bay, lelong.com.my dan yang paling mudah adalah mudah.com.my. Antara ketiga-tiga ni yang paling ok dan ada sambutan adalah mudah.com.my. Urusan urus niaga pun hanya dalam negeri saja. Tu yang mudah agaknya. Memang ada sambutan walaupun barang tersebut belum dijual lagi. Yang bertanya melalui email dan sms telefon sudah ramai. Maknanya tempat yang sesuai untuk menjual barang baru atau lama. Tidak kiralah nak jual barang apa pun termasuklah rumah atau kereta.

Untuk percubaan ini agak berjaya juga sebab ramai yang bagi respond walaupun tiada pembeli. Insyaallah dalam masa terdekat ini ada pembeli. Dan rancangan seterusnya nak jual banyak barang lagi. Tapi kali ni barang yang lebih baik dan buatan sendiri.

Saya nak cuba dengan barang rekaan sendiri pulak selepas ni. Nak tengok market ok ke tak. Kalau ok bagus la. Kalau tak, kena cari cara lain yang lebih baik. Nanti saya akan umumkan barang-barang tersebut dalam blog ini.

Satu lagi... yang bestnya bisnes ni sebab boleh dapat kenalan baru. Lepas ni kena buat kad bisnes yang baru. Yang lama dah habis. Kekadang tu bila jumpa member baru diorang minta kad bisnes tapi saya takde sebab dah habis. Rasa macam rugi pulak.

Tiada ulasan:

Headline Blog Lepak Santai